PERLEMBAGAAN KELAB RAKAN MUDA
1. NAMA
1.1 Kelab ini dinamakan: Kelab Rakan Muda
2. ALAMAT
2.1 Alamat Kelab ini ialah
3. TUJUAN
3.1 Tujuan Kelab ini ialah:
3.1.1 Untuk menyatukan remaja yang berumur antara 15 hingga 25 tahun di kawasan Parlimen
3.1.2 Menganggotai Sekretariat Rakan Muda di Kawasan Parlimen
3.1.3 Mengerak, merancang, melaksana dan menilai program gaya hidup Rakan Muda di kawasan Parlimen.
3.1.4 Membangun kualiti insan selaras dengan prinsip Islam Hadhari.
3.1.5 Membentuk remaja cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat.
3.1.6 Membantu Pejabat Belia dan Sukan dalam melaksanakan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di Kawasan Parlimen.
3.1.7 Menanam semangat kesetiaan kepada Negara.
4. AHLI
4.1 Ahli Kelab:
4.1.1 Berumur 15 hingga 25 tahun.
4.1.2 Terbuka kepada remaja kawasan Parlimen
5. MENJADI AHLI
5.1 Cara menjadi Ahli:
5.1.1 Permohonan menjadi Ahli Kelab hendaklah dibuat di dalam borang khas dan permohonan ini mestilah dicadangkan dan disokong oleh ahli biasa. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab Rakan Muda Parlimen.
5.1.2 Tiap-tiap ahli yang telah mencapai 26 tahun hendaklah menyertai Persatuan Belia.
5.1.3 Jawatankuasa Kelab boleh menolak permohonan menjadi ahli dengan tiada penerangan sebab-sebabnya dan keputusan adalah muktamad.
6. PEMBATALAN KEAHLIAN
6.1 Tiap-tiap Ahli Biasa atau Ahli Jawatankuasa akan batal menjadi ahli jika:
6.1.1 Ia berhenti.
6.1.2 Mencapai umur 26 tahun.
6.1.3 Ia tidak mengikut Perlembagaan atau Dasar Kelab atau jika ia merosakkan nama baik Kelab. Keputusan hal ini akan diambil di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kelab dengan cara undi sulit.
7. YURAN
7.1 Ahli:
7.1.1 Yuran pendaftaran sebanyak RM 5.00
8. JAWATANKUASA
8.1 Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Ahli-ahli Biasa yang dilantik di dalam mesyuarat agung dan perkhidmatan mereka secara sukarela.
8.2 Jawatan di dalam Kelab Rakan Muda Parlimen akan terdiri daripada:
8.2.1 Pengerusi.
8.2.2 Timbalan Pengerusi.
8.2.3 Setiausaha Agong.
8.2.4 Bendahari.
8.2.5 Seramai 14 orang Ahli Jawatankuasa (10 orang ahli dipilih dalam Mesyuarat Agong dan 4 orang dilantik oleh Pengerusi).
8.2.6 Pemeriksa Kira-kira.
8.3 Tugas Ahli Jawatankuasa:
8.3.1 Pengerusi akan mempengerusikan segala mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agong serta mengawasi akan pentadbiran dan perjalanan Kelab.
8.3.2 Pengerusi akan menduduki sebagai ahli Jawatankuasa Perancangan, Perlaksanaan dan Pemantauan Rakan Muda Peringkat Negeri (JK3P RM Negeri).
8.3.3 Timbalan Pengerusi akan membantu Pengerusi menyelia urusan-urusan pentadbiran Kelab. Dalam masa ketiadaan Pengerusi ia akan mempengerusikan segala mesyuarat dan juga menjalankan tugas-tugas Pengerusi.
8.3.4 Setiausaha Agong akan menguruskan segala surat menyurat bagi pihak Kelab, menyimpan segala peringatan-peringatan mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agong, menjaga buku-buku peringkatan tentang menjalankan tugas-tugas yang patut diselenggarakan oleh Setiausaha.
8.3.5 Bendahari bertanggungjawab:
8.3.5.1 Memungut segala yuran Kelab.
8.3.5.2 Menyimpan buku kira-kira bulanan wang masuk dan keluar.
8.3.5.3 Bendahari tidak dibenarkan menyimpan wang tunai di tangannya lebih daripada RM50.00 pada satu-satu ketika dan semua wang yang lebih daripada itu hendaklah dimasukkan ke dalam Bank Kelab.
8.3.5.4 Bendahari bertanggungjawab dengan segala wang yang diterima dan dibayar serta diberi kuasa menandatangani cek-cek bagi pihak Kelab bersama-sama dengan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Kelab berkenaan.
8.3.5.5 Bendahari bertanggungjawab dalam menyiapkan penyata kira-kira dan menghantar laporan kewangan setiap tahun kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.
8.3.6 Kewajipan Jawatankuasa:
8.3.6.1 Jawatankuasa Kelab bertanggungjawab dalam mengerak, merancang, melaksana dan menilai program Gaya Hidup Rakan Muda di kawasan Parlimen.
8.3.6.2 Menubuhkan jawatankuasa kecil mengikut 7 Gaya Hidup Rakan Muda (Rakan Muda Cinta Alam, Rakan Muda Inovasi, Rakan Muda Wirausaha, Rakan Muda Masyarakat, Rakan Muda Seni Budaya, Rakan Muda Kecergasan dan Rakan Muda Wajadiri) dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang jawatankuasa kecil ini.
8.3.6.3 Jawatankuasa kecil ini berkuasa memilih ahli untuk menjalankan sesuatu kerja Gaya Hidup.
8.3.6.4 Jawatankuasa ini berkuasa memotong nama-nama ahli dari buku daftar, sesudah sesuatu penyiasatan diambil dan boleh bertindak mengikut fasal 6 perlembagaan ini.
8.3.6.5 Apabila difikirkan mustahak, Jawatankuasa ini dibenarkan memohon bantuan-bantuan kewangan dari Badan-Badan yang telah diakui sah perjalanannya oleh kerajaan untuk menjalankan Gaya Hidup Rakan Muda untuk faedah Kelab.
9. PENASIHAT KELAB
9.1 Jawatankuasa Kelab boleh melantik:
9.1.1 Pegawai Belia dan Sukan kawasan Parlimen.
10. MENGUNDI
10.1 Ahli-ahli biasa yang telah menjelaskan yurannya, boleh mengundi di dalam mesyuarat Agong.
10.2 Undi adalah secara terbuka.
10.3 Jika keputusan undi itu didapati seri, Pengerusi berhak menggunakan undinya untuk salah satu pihak.
10.4 Semua kertas undi itu akan dikumpulkan dan diperiksa oleh dua orang Pemeriksa.
11. PEMERIKSA KIRA-KIRA
11.1 Dua (2) orang pemeriksa Kira-Kira dilantik dari Ahli Kelab dan mereka ini akan berkhidmat dari satu Mesyuarat Agong hingga ke Mesyuarat Agong akan datang.
11.2 Pemeriksa Kira-Kira akan memeriksa penyata Kira-Kira Kelab, resit-resit dan buku kira-kira pada bila-bila masa sahaja tetapi tidak kurang daripada sekali tiap-tiap enam bulan.
12. MESYUARAT
12.1 Mesyuarat Jawatankuasa
12.1.1 Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan. Mesyuarat-mesyuarat akan dipanggil oleh Setiausaha dan ia hendaklah mengedarkan surat-surat memberitahu berkenaan mesyuarat selewat-lewatnya 7 hari sebelum mesyuarat.
12.1.2 Mesyuarat hanya sah dijalankan apabila dihadiri oleh sekurang-kurangnya 5 orang Ahli Jawatankuasa yang hadir.
12.2 Mesyuarat Agong
12.2.1 Mesyuarat Agong Tahunan bagi semua ahli Kelab hendaklah diadakan tiap-tiap tahun.
12.2.2 Jawatankuasa akan menetapkan tarikh Mesyuarat Agong dan akan memberitahu dengan surat kepada semua ahli selewatnya-lewatnya 14 hari sebelum mesyuarat dijalankan
12.2.3 Mesyuarat Agong akan diadakan selewat-lewatnya pada 31 Mac pada tiap-tiap tahun dan perkara-perkara yang di bawah hendaklah dijadikan agenda untuk dibincangkan di dalam mesyuarat.
12.2.3.1 Membaca dan mengesahkan peringatan Mesyuarat Agong yang lalu.
12.2.3.2 Perkara-perkara yang berbangkit daripadanya.
12.2.3.3 Menerima dan mengesahkan Penyata Tahunan.
12.2.3.4 Menerima dan mengesahkan Penyata Kira-Kira.
12.2.3.5 Melantik 10 orang ahli.
12.2.3.7 Melantik dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira.
12.2.3.7 Membincangkan perkara-perkara lain yang telah diberitahu kepada Setiausaha Agong lima (5) hari sebelum Mesyuarat Agong itu dijalankan.
12.2.4 Mesyuarat Agong hanya sah dijalankan apabila dihadiri oleh 1/3 daripada jumlah Ahli Kelab .
12.3 Mesyuarat Agong Tergempar
12.3.1 Untuk membincangkan sesuatu perkara yang khas, Jawatankuasa berkuasa mengadakan satu Mesyuarat Agong tergempar. Jawatankuasa juga boleh mengadakan Mesyuarat Agong tergempar setelah menerima permintaan daripada 1/3 ahli dari jumlah ahli-ahli Kelab. Cuma perkara yang diminta sahaja boleh dibincangkan. Jawatankuasa hendaklah mengedarkan surat pemberitahuan kepada semua ahli, 7 hari sebelum mesyuarat itu dijalankan.
12.3.2 Mesyuarat Agong tergempar hanya sah dijalankan apabila dihadiri oleh 1/3 daripada ahli Kelab.
13. PINDAAN
13.1 Sebarang perubahan atau pindaan atau tambahan berkenaan dengan Perlembagaan ini hanya boleh di dalam Mesyuarat Agong
14. PENJAGA AMANAH
14.1 Apabila Kelab ini memiliki harta, maka hendaklah tidak lebih dari empat (4) dan tidak kurang dari dua (2) orang sebagai Penjaga Amanah oleh Mesyuarat Agong untuk membuat satu surat Amanah (Deed of trust) bagi menjaga harta itu.
14.2 Mereka ini boleh berhenti dari jawatannya pada bila-bila masa juga. Jika seseorang Penjaga Amanah meninggal dunia atau gila atau meninggalkan negeri selama satu tahun, dia dianggap telah berhenti dari jawatannya dan jika seseorang Penjaga Amanah didapati salah kerana satu-satu kelakuannya di dalam melayakkan ia menjadi Penjaga Amanah, ia akan dipecat dari jawatannya di dalam Mesyuarat Agong.
14.3 Jawatan-jawatan yang kosong boleh digantikan mengikut keputusan yang diambil dalam Mesyuarat Agong yang akan datang.
14.4 Tugas Penjaga Amanah adalah merekod, menyelia, mengawal dan melaporkan perkembangan harta berakhir pada 31 Disember tahun berkenaan atau bila diperlukan oleh Pengerusi Kelab.
15. PEMBUBARAN
15.1 Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dan hadir dalam suatu Mesyuarat Agong yang dipanggil khas kerananya.
15.2 Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agong berkenaan.
15.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.
16. LARANGAN
16.1 Kelab ini tidak dibenarkan bergabung dengan mana parti siasah dan badan-badan yang berhubung dengan siasah.
16.2 Ahli yang sudah berkhidmat dalam Jawatankuasa Kelab boleh dilantik semula tetapi ahli tidak boleh memegang jawatan di dalam Jawatankuasa Kelab lebih dari 2 tahun berturut-turut.
16.3 Ahli ditegah dari melakukan sebarang perkara-perkara maksiat dan perkara tidak bermoral yang boleh menjatuhkan imej Kelab Rakan Muda